Solat Jumaat Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Surau Diri Jumaat Al-Hidayah, Penjara Taiping telah mula dilaksanakan pada hari Jumaat, 15 Mei 2020 bersamaan 22 Ramadan 1441H. Pelaksanaan Solat Jumaat ini adalah selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Pelaksanaan Solat Jumaat ini juga telah dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu hanya terhad kepada 12 orang jemaah sahaja dan dalam saf yang mempunyai penjarakan sosial. Khatib yang bertugas ialah Sjn.13716 Buhori bin Mohaiddin dan Imam yang bertugas ialah Ustaz Mohd Khairulnizam bin Ahmad Rusli.