24 Jun 2020 (Rabu) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menerima Lawatan Tapak Projek Nanas oleh Puan Siti Hajar binti Ramlee Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sembilan/Melaka. Lawatan Tapak ini bertujuan membincangkan Tanaman Nanas di Kawasan IPDJ. Lawatan turut dibawa melawat ke Kawasan Luar Penjara di Tapak Projek Tanaman Nanas berkenaan. Turut Hadir PP Sapudin bin Said Timbalan Pengarah IPDJ dan TPP Ahmad Arifuddin bin Ahmad Tarmidzi Timbalan Penguasa Penjara IPDJ serta (2) orang kakitangan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sembilan/Melaka.