Matomo

Buletin Integriti

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Buletin Integriti

RINGKASAN EKSEKUTIF


PACP 2020-2024 ini merupakan satu pelan strategik Jabatan Penjara Malaysia kea rah menyelaraskan pelan dan tindakan bagi menangani isu dan permasalahan rasuah yang berlaku dan berpotensi untuk berlaku melibatkan fungsi dan peranan Jabatan Penjara Malaysia.

Pembangunan dan penghasilan pelan ini adalah bertepatan dengan Arahan YAB PM No. 1 Tahun 2018 dalam Siri 2 No. 1 Tahun 2018-Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang menggantikan Pelan Integriti Nasional, yang mana menerusi NACP, semua Kementerian/ Jabatan/ Agensi diwajibkan membangun dan melaksanakan OACP. Justeru, satu bengkel pembangunan PACP bersama Institut Integriti Malaysia telah diadakan pada 3 – 6 September 2019 (Selasa – Jumaat) bertempat di Akedemi Koreksional Malaysia, Langkawi Kedah yang dihadiri oleh semua pegawai kanan dari Ibu Pejabat dan Negeri.
Secara dasarnya, PACP 2020 – 2024 dibangunkan dengan objektif:

a.Menggariskan kerangka dan hala tuju tindakan pencegahan bagi menangani isu dan permasalahan rasuah khususnya di dalam Jabatan dengan lebih jelas dan berkesan;

b.Membudayakan amalan dan nilai-nilai integrity, akauntabilti dan ketelusan dalam pentadbiran ke arah mengurangkan isu dan permasalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; dan

c.Meningkatkan imej Jabatan Penjara Malaysia dan kepercayaan pemegang taruh serta pelanggan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

E-BULLETIN INTEGRITI - EDISI PERTAMA 2021 IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA
E-BULLETIN INTEGRITI - EDISI KEDUA 2020 IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA

kakitangan

E-BULLETIN INTEGRITI - EDISI PERTAMA 2020 IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA

kakitangan
E-BULLETIN INTEGRITI - EDISI PERTAMA 2019 IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA

kakitangan
SEGUGUS KUNCI YANG HILANG

kakitangan
E-BULLETIN INTEGRITI - EDISI KEDUA

kakitangan