Pada 17 Ogos 2026 (Isnin), Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) telah mengadakan lawatan sesi Pemantauan Program Bimbingan Seni Budaya (PuBSB) Terapi Seni Muzik Caklempong di Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) . Antara wakil dari JKKN yang hadir ialah Puan Nurwati binti Abdul Wahab, Pengarah Bahagian Bimbingan Seni Budaya JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Nur Azura binti Baharudin, Timbalan Pengarah Bahagian Bimbingan Seni Budaya JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Fiza Farika binti Mohd Yasin, Timbalan Pengarah JKKN Melaka, Cik Nor Hafizah binti Hasan, Penolong Pengarah merangkap penyelaras BBSB, Encik Muhammad Na'im bin Azmi, Artis Budaya (Kejurulatihan Teater) dan Encik Abu Samah bin Bachik, Artis Budaya (Kejurulatihan Teater). Lawatan JKKN telah disambut oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Rafizi bin Ramli, KIP Mohd Rizuan bin Osman (Penyelaras Program), KPL Muhammad Ismail bin Salim dan Wdr Zuenica Idawatie binti Zamhari dari Unit Pemulihan PK Jasin. Program telah diserikan dengan persembahan muzik Caklempong dan persembahan busking dari Orang DiSelia (ODS) .Pengurusan PK Jasin merakamkan penghargaan kepada JKKN kerana telah mengajar terapi kesenian muzik Caklempong kepada ODS dan semua warga PK Jasin yang menjayakan program ini demi memperkasakan program pemulihan melalui terapi seni muzik tradisional di institusi.










