Matomo

Program Outreach Korektif Tahun 2026 Peringkat Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Program Outreach Korektif Tahun 2026 Peringkat Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

Program Outreach Korektif Tahun 2026 Peringkat Penjara Pengkalan Chepa telah diadakan pada 03 Jun 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Terbuka, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Program Outreach Korektif diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan kolabarasi bersama Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkasa program Pemulihan Dalam Komuniti yang juga melibatkan penyertaan ahli keluarga, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan majikan.

Program tersebut telah dihadiri oleh 30 prospek lelaki, 40 prospek wanita 32 ahli keluarga dan 8 wakil jabatan / agensi iaitu daripada Pengasih, Perkeso, YADIM dan Bedaie.

Antara pengisian program ialah Taklimat Temuseru oleh Encik Azhar bin Abdul Rahman, Pengarah Pengasih Malaysia Negeri Kelantan dan Taklimat Peluang Pekerjaan Selepas Dibebaskan disampaikan oleh Puan Rabiatul Aqilah Fatini binti Ibrahim, Pegawai Perkeso Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Puan Nik Hashimah binti Nik Musa daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Kelantan (YADIM) dan Encik Kamarul Hisyam bin Mazlan daripada Bedaie Digital Network Sdn. Bhd.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan lagu-lagu keinsafan daripada wakil prospek . Turut diadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari prospek bersama ahli keluarga.. Majlis diakhiri dengan sesi ke 17 Modul Hunt iaitu Sokong Bantu Keluarga bersama keluarga prospek melibatkan 7 prospek wanita dan 18 ahli keluarga yang telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Amirul Hanif bin Mohd Nawawi, Pegawai Psikologi Penjara Pengkalan Chepa dan dibantu oleh fasilitator daripada Unit PPI.

Perasmian Program Outreach Korektif Tahun 2026 Peringkat Penjara Pengkalan Chepa telah disempurnakan oleh PKK Mohamed bin Ali, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa.