Pada 19 Mei 2026 (Selasa) telah diadakan Program Ceramah Agama bertajuk “Bangkit Sebagai Khalifah, Erti Hidup Dengan Memberi” kepada Orang Diselia (ODS) bertempat di Surau Al-Hidayah Blok Damai Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) .Program ini merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran kepada ODS tentang peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi serta kepentingan hidup saling membantu, berbakti dan memberi manfaat kepada orang lain berlandaskan ajaran Islam. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Sobri Bin Hashim dari YADIM. Antara tetamu jemputan dari YADIM yang hadir ialah En Mohamad Khairun Najmi bin Mohd Fadzli Timbalan Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Urusetia YADIM En. Muhammad Arif Syamim bin Mohd Ramli dan En Muhammad Fauzan bin Mohd Yusof. Turut serta menyambut kedatangan penceramah dari YADIM ialah PKP Shaharudin Bin Ahmad Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan Bin Khamis Timbalan Pengarah PK Jasin TPP Razrin Hamidi Bin Abdul Razak, En. Muhamad Ridwan bin Maming , Ustaz Abdul Lathif bin Ismail dan ahli jawatankuasa yang terlibat . Pengurusan PK Jasin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak YADIM dan semua yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini..










