Matomo

Pelaksanaan Program Profiling Ke Atas Prospek/Orang Diselia (ODS) Bagi Program Karnival Lindung Kerjaya MyFutureJobs Dengan Kerjasama Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka Dan Perkeso Melaka Di Pusat Koreksional Jasin Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Pelaksanaan Program Profiling Ke Atas Prospek/Orang Diselia (ODS) Bagi Program Karnival Lindung Kerjaya MyFutureJobs Dengan Kerjasama Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka Dan Perkeso Melaka Di Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 12 Mei 2026, bertempat di Tempat Jumpa Luar Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas Orang Diselia (ODS) di bawah Program MyFutureJobs. Program ini melibatkan 21 ODS iaitu sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani program pemulihan di PK Jasin. Program ini ialah bermatlamat memberikan inisatif Peluang Kedua (Second Chance) kepada prospek. Seramai (4) Pegawai PERKESO Melaka telah hadir diketuai oleh Puan Alia binti Mohd Azlan Selvarajah, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan.Turut hadir bagi menyokong program ini ialah PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, TPP Rafizi bin Ramli (Ketua Unit Keselamatan), KIP Mohd Rizuan bin Osman (Penyelaras Unit Pemulihan) dan KPL Muhammad Ismail bin Salim (Unit Pemulihan). KIP Mohd. Fadhli Rahman bin Omar turut hadir dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka untuk melaksanakan pemantauan. Pengurusan PK Jasin merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PERKESO Melaka kerana membantu membuka peluang pekerjaan kepada ODS. Penghargaan juga diberikan kepada seluruh warga kerja PK Jasin kerana sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkasakan program pemulihan dan kemahiran kepada Orang Diselia (ODS).