Matomo

Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Institusi Penjara Negeri Melaka Bil 1/2026 Yang Dianjurkan Oleh Pusat Koreksional Jasin Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Institusi Penjara Negeri Melaka Bil 1/2026 Yang Dianjurkan Oleh Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 21 April 2026 (Selasa) telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2026 Peringkat Penjara Negeri Melaka di Auditorium Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, Melaka. Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) telah dilantik sebagai penganjur pada kali ini. Perhimpunan bulanan telah dirasmikan TKP Rosman bin Norman @ Normin, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir TKP Khairil Nizam bin Anuar, Pengarah Penjara Sungai Udang , PKK Alik bin Makim, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, ketua-ketua institusi Penjara Negeri Melaka, pegawai-pegawai kanan, anggota serta kakitangan awam. Antara pengisian utama majlis adalah ucapan amanat oleh TKP Rosman bin Norman @ Normin yang menekankan aspek disiplin, integriti dan komitmen dalam melaksanakan kawalan keselamatan. Pengarah Penjara Negeri turut merakamkamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja institusi penjara Negeri Melaka atas dedikasi yang telah ditunjukkan. Majlis turut diserikan dengan acara penyampaian pingat kepada 38 orang pegawai dan kakitangan penjara negeri Melaka terdiri dari 23 pingat Pekerti Penjara ,14 Pingat Sijil Kepujian Reben Hijau dan seorang penerima Pingat Bakti Penjara sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan khidmat bakti mereka. Pihak pengurusan PK Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada ahli jawatankuasa, seluruh warga kerja PK Jasin dan institusi Penjara Negeri Melaka yang telah memberikan komitmen dan kerjasama bagi memastikan kelancaran majlis ini.