Matomo

Kunjungan Hormat Kepada Menteri Belia Dan Sukan Malaysia

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Kunjungan Hormat Kepada Menteri Belia Dan Sukan Malaysia

Putrajaya, 23 April 2026 (Khamis) – Majlis Sukan Penjara Malaysia telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YBM Dr. Mohammed Taufiq bin Johari bertempat di Pejabat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Menara Kementerian Belia dan Sukan, Presint 4, Putrajaya.


Delegasi telah diketuai oleh YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bersama barisan pegawai kanan serta wakil Majlis Sukan Penjara Malaysia. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam usaha memperkasa pembangunan sukan, khususnya dalam konteks pemulihan, pembinaan sahsiah dan kesejahteraan warga penjara.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai peneraju pembangunan belia dan sukan negara memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat yang aktif, berdisiplin dan berdaya saing. Seiring dengan itu, Jabatan Penjara Malaysia turut memanfaatkan pendekatan sukan sebagai medium pemulihan yang efektif bagi membina jati diri, semangat berpasukan serta nilai kepimpinan dalam kalangan prospek penjara.

Sepanjang sesi kunjungan, turut diadakan sesi perkenalan, perbincangan dua hala serta penyerahan cenderamata sebagai simbol penghargaan dan jalinan kerjasama erat antara kedua-dua pihak.

Semangat kesukanan yang diterapkan bukan sahaja menjadi platform kecergasan fizikal, malah menjadi pemangkin kepada transformasi diri, membentuk individu yang lebih berdisiplin, berintegriti dan bersedia kembali sebagai anggota masyarakat yang produktif.

Kerjasama strategik ini diharapkan terus diperkukuh demi melahirkan generasi yang berdaya tahan, bersemangat tinggi serta menyumbang kepada kesejahteraan negara.