Matomo

Program Ride Madani Pusat Koreksional Jasin Melaka Bikers Ke Pusat Reintegrasi Penghuni Padang Hijau Kluang, Madrasah Tahfiz Al-Quran Muhadir Madani Jasin Dan Teluk Gorek Mersing, Johor

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Program Ride Madani Pusat Koreksional Jasin Melaka Bikers Ke Pusat Reintegrasi Penghuni Padang Hijau Kluang, Madrasah Tahfiz Al-Quran Muhadir Madani Jasin Dan Teluk Gorek Mersing, Johor

Pada 8 dan 9 Januari 2026 (Khamis - Jumaat) seramai 23 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) telah menyertai Program Ride Madani yang telah dianjurkan oleh PK Jasin bersama AKRAB dan Kelab Sukan dan Rekreasi PK Jasin. Program tersebut diketuai oleh PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin bersama TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak dan Ketua Unit Agama PK Jasin Ustaz Abdul Lathif bin Ismail. Pelepasan Konvoi motosikal telah dirasmikan oleh PP Mohd. Rehan bin Khamis. Program ini melibatkan konvoi dan lawatan ke tiga lokasi iaitu ke Madrasah Maahad Tahfiz Al-Quran Muhadir, Oli di Jasin yang disambut oleh wakil Madrasah Maahad Tahfiz Al- Quran serta menyerahkan sumbangan dari PK Jasin untuk keperluan harian pelajar di Madrasah tersebut. Destinasi seterusya ke Pusat Reintegrasi Penghuni Padang Hijau, Kluang yang turut disambut oleh Timbalan Ketua PRP Padang Hijau, Kluang, PPP Bahrin bin Mohd Jadi. Peserta konvoi meneruskan perjalanan dan bermalam di Teluk Gorek, Mersing. Program yang berlangsung selama dua hari ini dipenuhi dengan aktiviti utama merangkumi konvoi motosikal, lawatan muhibah, serta perkongsian dan sokongan moral kepada institusi yang dilawati. Program tersebut berjalan dengan lancar, teratur dan mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, Program Ride Madani ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak positif dalam memperkukuhkan hubungan antara PK Jasin dengan institusi lain dan masyarakat. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas kerjasama dan komitmen dan semua warga kerja PK Jasin dalam menjayakan serta menyokong kelancaran program ini.