Matomo

Program Kem Leaders Leading Leaders 2026 Kolaborasi Antara Sma Pelangai Dan Pusat Latihan Pemasyarakatan

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Program Kem Leaders Leading Leaders 2026 Kolaborasi Antara Sma Pelangai Dan Pusat Latihan Pemasyarakatan

8 Januari hingga 10 Januari 2026 | Kem Leaders Leading Leaders SMA Pelangai telah berjaya dilaksanakan di Pusat Latihan Pemasyarakatan (PULMAS), Mukim Pelangai, Bentong dengan penyertaan seramai 107 orang pelajar SMA Pelangai.

Kem ini bertujuan membentuk kepimpinan, disiplin diri, sahsiah serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Sepanjang kem, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian berimpak tinggi merangkumi taklimat keselamatan, ceramah kepimpinan, latihan dalam kumpulan (LDK), latihan asas kawad, program qiamullail, jungle tracking. Bagi slot perkongsian dan LDK kepimpinan telah dijayakan oleh En. Nor Azlan bin Samurdan (Pegawai Psikologi JKM Tampin), En. Nordin bin Yusoff (Pegawai Psikologi Penjara Bentong) sambil dibantu Unit Latihan Penjara Bentong dan Unit Latihan PULMAS. Kesemua slot ini memberi pendedahan bermakna kepada para peserta dalam aspek pengurusan diri, kepimpinan berkesan dan kerjasama berpasukan.

Pelaksanaan kem berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat antara pihak sekolah dan PULMAS. Tahap penglibatan peserta amat memberangsangkan serta memperlihatkan disiplin, komitmen dan potensi kepimpinan yang tinggi.

Majlis Penutup telah diadakan di Dewan Dato’ Abdul Aziz dan disempurnakan oleh PKP Mohd Faizal bin Jidin, Timbalan Pengarah (Operasi). Turut hadir En. Badrul Hisham bin Abdul Aziz, Pengetua SMA Pelangai, PKP Mohd Ismawi bin Sulong, Timbalan Pengarah (Latihan), Pn. Zuraihah binti Maskam (Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Kokurikulum), pegawai kanan PULMAS serta guru-guru pengiring SMA Pelangai.

Secara keseluruhannya, kem ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif dalam pembentukan sahsiah, disiplin dan kepimpinan pelajar. Program seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang sebagai platform melahirkan pemimpin pelajar yang berdaya saing dan berintegriti.