Pada 30 Oktober 2025 (Khamis), pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kuching telah mengadakan kunjungan ke Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Kunjungan ini khusus untuk bertemu dengan banduan warga negara Indonesia bagi membincangkan pelbagai perkara, menyampaikan sumbangan bantuan keperluan asas harian banduan dan temu duga terhadap (3) banduan yang terlibat dengan kriminal berat. Program yang bermula pada 9.30 pagi ini melibatkan seramai (5) pegawai iaitu Dr. Abdullah Zulkifli (Konsul Jenderal RI), Yasfitha F.Murthias (Konsul Fungsi Konsuler), Agus Riyanto (Pegawai Administrasi), Alexandri Legawa (Staf KJRI Kuching) dan Bugi Purnomo (Staf KJRI Kuching) serta turut dimeriahkan dengan kehadiran PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Seramai (191) orang banduan warga negara Indonesia telah terlibat pada kali ini. Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata, menandatangani Buku Pelawat dan jamuan makan.










