Pada 22 Oktober 2025 (Rabu), Majlis Semarak Maulidur Rasul telah diadakan di Surau An-Nur Pusat Koreksional Jasin melibatkan Orang Diselia (ODS) dan warga kerja Pusat Koreksional Jasin sempena sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1447H / 2025M. Penaja utama dan penganjur ialah dari Pejabat Agama Islam Daerah Jasin. Ceramah agama telah disampaikan oleh penceramah selebriti iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim (PU Amin). Seramai (150) Orang DiSelia (ODS) telah hadir. Objektif program adalah untuk memperingati dan menanam semangat kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW serta menyemai nilai-nilai murni kepada ODS dengan akhlak dan sunnah yang dibawa oleh Baginda melalui peristiwa Maulidur Rasul dan menghayati ibrah serta kelebihannya. Sambutan kali ini diserikan dengan kehadiran YB. Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, ADUN Rim. Selain itu, turut serta dalam program ini PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah, Ustazah Nur Syuhadah binti Rusnan, Ketua Unit Dakwah & Kekeluargaan Pejabat Agama Islam Daerah Jasin (PAIDJ) serta kakitangan PAIDJ, Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan, kakitangan Unit Agama Pusat Koreksional Jasin, pegawai kanan dan warga kerja Pusat Koreksional Jasin. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Jasin diatas segala sumbangan dan pemilihan Pusat Koreksional Jasin sebagai salah satu tempat pelaksanaan program tahunan pada kali ini. Penghargaan juga diberikan kepada ahli jawatankuasa program dan semua warga kerja Pusat Koreksional Jasin yang hadir serta menyokong program yang penuh bermakna ini.










