21 Oktober 2025 (Selasa) Pusat Koreksional Jasin ( PK Jasin ) telah mengadakan Pertandingan Bowling Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2025. Pertandingan ini telah disertai seramai (30) orang anggota dan kakitangan PK Jasin. Pertandingan diadakan di International Bowling Center (MIBC) Ayer Keroh Melaka. Tujuan program ialah menjalin kerjasama dan meningkatkan kecergasan sempena meraikan bulan Sukan Negara. Pertandingan disempurnakan dengan majlis penyampaian hadiah oleh Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin iaitu PP Mohd Rehan bin Khamis kepada pemenang. Pengurusan PK Jasin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa program dan seluruh warga kerja PK Jasin yang menyokong program ini.










