09 Oktober 2025 ( Khamis) - Program International Correctional and Counseling 2025 telah diadakan di Nilai Spring Resort Hotel dan menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antarabangsa serta kerjasama strategik antara Jabatan Penjara Malaysia dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Program ini menumpukan kepada perkongsian ilmu, strategi pemulihan dan pendekatan psikologi dalam memperkasa sistem pemasyarakatan yang lebih holistik dan berperikemanusiaan. Sebahagian peserta turut menghadiri sesi secara dalam talian dari Akademi Koreksional Malaysia (AKM) di Langkawi, menjadikan penganjuran kali ini lebih inklusif dan menyeluruh.
Kehadiran YBhg. KJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bersama pengurusan tertinggi Jabatan Penjara Malaysia menyerikan majlis berprestij ini, sekali gus menzahirkan komitmen jabatan dalam memperkasa agenda pembetulan dan pemulihan di peringkat global.