Pada 9 Oktober 2025 (Khamis), Program Hari Sukan Negara Peringkat Orang Diselia (ODS) telah diadakan di Pusat Koreksionsal Jasin. Program ini telah dirasmikan oleh PKK Alik bin Makim, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Rafizi bin Ramli, Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan, Encik Mohamad Ridwan bin Maming, anggota dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin. Tetamu jemputan dari NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang hadir ialah Puan Farzena Balan, Pengurus Syarikat Saora Industries Sdn. Bhd, Encik Mohd Anual bin Ab. Manaf, Penolong Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Syarikat Recron (M) Sdn Bhd dan Encik Camillus a/l Sinapan, Pengerusi Persatuan Persaudaraan Penjara Katolik. Kesemua badan NGO ini telah menyumbang hamper berupa makanan untuk menjayakan program pemulihan kepada ODS. Program ini melibatkan seramai (368) ODS. Program ini dimulai dengan perarakan masuk perbarisan (8) kontinjen pasukan di kalangan ODS . Program Hari Sukan Negara ini telah bermula pada 1 September 2025 melibatkan ODS dan pelbagai acara diadakan seperti Bola sepak, Bola Tampar, Futsal, Tarik Tali, Sepak takraw dan Sukaneka. Kemuncak program ini ialah penyampaian sumbangan peralatan muzik oleh Puan Farzena Balan, Pengurus Syarikat Saora Industries Sdn. Bhd., penyampaian hadiah kepada pemenang dan persembahan nyanyian oleh Kumpulan Busking ODS. Tujuan program Hari Sukan Negara ini dilaksanakan adalah untuk mempromosikan aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi sebagai salah satu medium pemulihan melalui semangat kerjasama dan perpaduan. Penyelaras program ini ialah KIP Mohd. Rizuan bin Osman. Pengurusan PK Jasin merakamkan penghargaan kepada semua NGO, jawatankuasa dan semua warga kerja PK Jasin yang terlibat untuk menjayakan program yang sungguh bermakna ini.