7 Oktober 2025 (Selasa) – Majlis Perhimpunan Setia, Majlis Dialog Bulanan dan Mesyuarat Pengurusan Penjara Peringkat Negeri Terengganu Bilangan 4 Tahun 2025 telah diadakan dengan penuh istiadat dan semangat kesetiaan warga Jabatan Penjara Malaysia.
Majlis ini turut menyaksikan pemakaian pangkat kepada seramai 21 orang anggota, melibatkan kenaikan dari Sarjan Penjara ke Sarjan Mejar Penjara, serta seorang anggota Wadar dinaikkan pangkat kepada Koperal Penjara.
Majlis pemakaian pangkat dan perhimpunan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Terengganu, PKK Haji Mohd Nasir bin Yusof. Turut hadir memeriahkan majlis ialah PKK Mohamad Jusoh bin Ismail, Pengarah Penjara Marang dan PKP Ahmad Ikhwan Naim bin Mohd Zin, Pengarah Pusat Koreksional Dungun.
Kira-kira 200 orang kakitangan hadir dalam majlis berkenaan, melibatkan anggota beruniform dan juga kakitangan awam (civilian) dari seluruh institusi di bawah Jabatan Penjara Malaysia Negeri Terengganu.
Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah penyampaian amanat serta perbincangan isu pengurusan semasa, malah turut memperkukuh semangat kerjasama dan kesetiaan warga jabatan dalam melaksanakan tanggungjawab memulih dan membina insan ke arah kecemerlangan organisasi.