Matomo

Majlis Penutup Sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Majlis Penutup Sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Majlis Penutup Sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 01 Oktober 2025 di Dewan Terbuka, Dataran Kedamaian, Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah Alunan Selawat beramai-ramai kepada baginda Nabi Muhammad SAW, Sesi Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohamad Dininazmi bin Sabri, Penolong Pengurus Bahagian Syariah, Perbadanan Ekonomi Islam Perak dan Alunan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran oleh wakil penghuni. Seterusnya, Ucapan Aluan oleh YDh. PKK Rizalma bin Che’ Abd Hamid, Pengarah Penjara Taiping dan Ucapan Perasmian oleh YBrs. Tuan Amirul Hakim bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Ekonomi Islam Perak.


Pengarah Penjara Taiping turut menyampaikan Cenderahati Kenangan kepada Perbadanan Ekonomi Islam Perak. Majlis berakhir dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid Penghuni Penjara Taiping. Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari yang melibatkan seramai 300 orang penghuni.