Matomo

Lawatan Pengarah Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Negeri Melaka Ke Pusat Koreksional Jasin Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Lawatan Pengarah Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Negeri Melaka Ke Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 3 Oktober 2024 (Jumaat), Pengarah MARDI Negeri Melaka iaitu Tuan Mohd Hairy Azwan bin Mohd Bakhtiar bersama 4 orang pegawai penyelidik kanan MARDI telah melawat Pusat Koreksional Jasin. Tujuan lawatan adalah bagi melihat hasil tanaman percubaan hibrid baharu nanas MS16 yang ditanam di Pusat Koreksional Jasin dimana sulur nanas atau benih telah disumbangkan oleh pihak MARDI sebelum ini. Hasil tinjauan mendapati, Nanas M16 yang telah matang hidup dengan subur, mempunyai rasa yang manis dan tahan terhadap serangan penyakit. Tanaman diusahakan oleh anggota penjara yang terlatih dalam bidang penanaman nanas iaitu SJN Zupkawerussapkdanur bin Safee dan anggota lain. Usaha ini juga dapat memberi ilmu kemahiran penanaman nanas kepada Orang Diselia (ODS) yang mengikuti program pemulihan di Pusat Koreksional Jasin. Lawatan Pengarah MARDI disambut oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak dan anggota yang mengusahakan tanaman. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada pihak MARDI yang memberi sumbangan dan tunjuk ajar dan semua warga kerja Pusat Koreksional Jasin yang memberi komitmen dalam semua program penanaman yang telah dirancang secara sistematik.