| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Program Mekar : Penggantian Kad Pengenalan (My Kad) Kerjasama Antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor Dan Penjara Sungai Buloh (PSB)

11 Januari 2025 I Sabtu, Unit Kebajikan Penjara Sungai Buloh telah mengadakan Program Penggantian Kad Pengenalan bersama JPN Negeri Selangor melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR). Program Penggantian Kad Pengenalan ini merupakan kali pertama diadakan pada tahun ini yang melibatkan kolaborasi antara Penjara Sungai Buloh dengan JPN Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Unit Kebajikan Penjara Sungai Buloh.

Seramai 8 orang Pegawai JPN Negeri Selangor yang diketuai oleh En. Nick Dexter Anak Jeffry daripada Bahagian Kad Pengenalan JPN Negeri Selangor telah hadir bagi menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Program MEKAR KOMUNITI ini bertujuan untuk memastikan banduan memiliki kad pengenalan diri semasa dibebaskan dan untuk menyertai program yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia antaranya Program Parol, Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) serta program komuniti yang lain.

Melalui program ini seramai 17 orang banduan telah berjaya membuat penggantian kad pengenalan dengan kadar denda dikecualikan. Penguasa Penjara, PP Dr. Shamsul Zuraimi bin Mat Shah bersama INSP Zulkifly bin Abd. Rahim serta Pegawai Unit Kebajikan institusi Encik Muhammad Ar-rasyid bin Jaafar dan En Zulkiflee bin Ghani bersama menyantuni kehadiran pegawai-pegawai dari JPN Negeri Selangor.

Pihak pengurusan PSB merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada JPN Selangor dan anggota PSB dalam menyelaras program ini.