Pada 4 Januari 2025 (Sabtu), Kelab Pejabat Pengah Penjara Negeri Melaka telah menganjurkan menganjurkan Program Buddy System dan Hari Keluarga 2024 melibatkan warga kerja Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka. Tujuan program ini untuk membina modal insan melalui pengamalan budaya bantu-membantu dengan berteraskan semangat setia kawan menggunakan pendekatan Buddy System bagi melahirkan lebih ramai penjawat awam yang berprestasi tinggi. Program dirasmikan oleh TKP Rosman bin Norman@Normin, Pengarah Penjara Negeri melaka. Turut hadir PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka, PP Norul Hisyam bin Ismail, Ketua Bahagian Parol Negeri Melaka dan (150) warga Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka.