Pada 3 Januari 2024 (Jumaat), Pejabat Pengarah Negeri Melaka(PPN) dan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Melaka Tengah(PPD) telah berkolaborasi dengan Saora Industries Sdn. Bhd dan Pengusaha Homestay Pantai Puteri untuk menganjurkan Program Heads Up Mentoring – Beach Cleanup Pantai Puteri Melaka bersama (30) ODP dan OBB. Tujuan program ini untuk menerapkan nilai kecintaan terhadap alam sekitar dan memupuk kesedaran dalam diri ODP dan OBB dan juga komuniti terhadap pentingnya menjaga alam sekitar terutamanya di kawasan pantai. Turut hadir PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka, PP Norul Hisyam bin Ismail Ketua Bahagian Parol Negeri Melaka dan Encik Mazlan bin Mohd Amin, Pengusaha Homestay Pantai Puteri Melaka.