| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Program Banjaran : Dua Kampung Satu Titi Kerjasama Universiti Teknologi Mara Dengan Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 19 Disember 2024 (Khamis), pelajar dan kakitangan Diploma Pengurusan Teknologi dan Pejabat, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Program Banjaran : Dua Titi, Satu Kampung di Pusat Koreksional Jasin. Program ini bertujuan untuk memenuhi projek akhir kod kursus OBM310 (Organizing Event), meningkatkan daya kepimpinan dan komunikasi serta penglibatan sosial di kalangan pelajar UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah bersama pihak Pusat Koreksional Jasin termasuk aktiviti utama memberi motivasi kepada Orang Diselia (ODS). Penasihat program ini adalah Puan Aida Nur binti Mohd Kodri dan diketuai oleh saudari Nur Adrena Khairina binti Khairulhizam. Program Banjaran : Dua Titi, Satu Kampung melibatkan (62) pelajar UiTM, (20) orang pensyarah UiTM dan (42) Orang Diselia. Program ini berlangsung selama 2 hari bermula 18.12.2024 hingga 19.12.2024. Antara pengisian program ialah aktiviti dalam kumpulan bersama ODS dan ceramah oleh YBrs. Dr. Muhammad Ashraf bin Rostam (Penceramah jemputan dari UIAM)

Program dirasmikan oleh TKP Rosman bin Norman@Normin, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Encik Maz Izuan bin Mazalan (Koordinator Program Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat merangkap wakil Rektor UiTM Melaka), PKP Shaharudin bin Ahmad (Pengarah Pusat Koreksional Jasin), PP Mohd Rehan bin Khamis (Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin), TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Asrul Effandi bin Abdullah, kakitangan UiTM dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin.
Sehari sebelum program, pihak UiTM telah mengadakan aktiviti gotong-royong menghiasi landskap yang telah dibimbing oleh kakitangan Pusat Koreksional Jasin. Pihak pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi tinggi penghagaan kepada UiTM cawangan Melaka atas kolaborasi ini dan semua anggota serta kakitangan Pusat Koreksional Jasin yang terlibat.