| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Mesyuarat Penyelarasan Dan Lawatan Tapak Bagi Pelaksanaan Program (3P) Dengan Kerjasama 3A Glove Sdn Bhd

Pada 02 Disember 2024 (Isnin), Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Tapak bagi Pelaksanaan Program (3P) telah diadakan dengan kerjasama 3A Glove Sdn Bhd bertempat di Pusat Reintegrasi Penghuni Kluang. Objektif kerjasama ini diadakan adalah bagi melaksanakan Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) yang dapat mengurangkan kesesakan dalam penjara serta mempercepatkan proses penghantaran pulang banduan warga asing ke negara asal. Program kerjasama ini akan bermula seawal bulan Disember 2024 yang mensasarkan kerja-kerja “repacking” produk oleh ODS yang mengikuti program. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TKP Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir PKK Walace Anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, PP Rahmat bin Abdullah, Ketua Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor, TPP Mohd Hafizudin bin Zainal Abidin, Ketua PRP Kluang serta Pegawai Kanan dari PPN Johor.