| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Projek Khas Inisiatif Madani, Keterjaminan Makanan Bawang Merah Dan Perkongsian Kejayaan Usahawan Bawah MARDI. Pembentangan Dan Taklimat Oleh Pusat Koreksional Jasin

Bengkel Pemurnian Laporan Akhir Projek Khas Inisiatif Madani, Keterjaminan Makanan Bawang Merah dan Perkongsian kejayaan Usahawan Benih MARDI telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 29 Nov - 1 Dis 2024 dengan menyatukan (40) staf MARDI dan (10) usahawan tanaman bawang merah untuk membincangkan dapatan data pengeluaran bawang merah di plot usahawan MARDI. PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah hadir untuk membentangkan dan memberi taklimat mengenai kejayaan tanaman bawang merah di Pusat Koreksional Jasin, Melaka pada persidangan berkenaan sambil berkongsi pengalaman berharga tentang hala tuju projek tanaman bawang merah berkenaan untuk masa depan pertanian yang lebih mampan. Usaha ini adalah untuk mendapatkan data mengenai penanaman bawang merah di Malaysia dengan menggunakan benih bawang MARDI serta menyahut aspirasi kerajaan dalam konteks 'food security' negara. Majlis turut dihadiri YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abd. Ghani, Ketua Pengarah MARDI serta YBrs. Dr. Zulhazmi bin Sayuti, Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur, MARDI. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin meramkamkan penghargaan kepada PP Mohd Rehan bin Khamis sebagai salah seorang pembentang mewakili Pusat Koreksional Jasin dan semua anggota yang mengusahakan Projek Tanaman Bawang. Diharapkan kerjasama dengan MARDI akan beterusan untuk memberi manfaat mengenai pembelajaran penanaman bawang secara sistematik.