| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Majlis Istiadat Konvokesyen Ke 26 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tanjung Malim - 30 November 2024. YBrs TKJP Tn Hj Ahmad Faudzi Bin Awang, Timbalan Komisioner Jeneral (Pemasyarakatan) telah menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen ke 26 UPSI yang telah diadakan bermula dari 23 hingga 30 November 2024. Seramai 20 prospek dari Penjara Kluang telah menamatkan pelajaran mereka didalam Program Pengajian Diploma Keusahawanan UPSI. Pada hari ini 8 daripadanya telah hadir untuk menerima Diploma tersebut di Dewan Tuanku Canselor UPSI.

Pengajian 20 orang prospek telah bermula pada tahun 2022 dan telah menamatkannya pada bulan September 2024 di Penjara Kluang. Kerjasama jabatan dan juga UPSI ini adalah satu usaha dalam memastikan setiap prospek mendapat ruang dan peluang menyambung pendidikan walaupun mereka sedang menjalani hukuman didalam tembok penjara serta pencapaian tersebut boleh digunakan sekiranya mereka dibebaskan kelak.

Majlis telah disempurnakan oleh Pro Canselor UPSI YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr Ismail Bin Haji Bakar, dan YBhg Professor Dato' Dr Md Amin Bin Mat Taff Naib Canselor UPSI. Turut hadir majlis ini adalah YBrs KP Hafidz Bin Othman Pengarah Bahagian Korektif IPPM, YDH Hamat Bin Seman, Bahagian Korektif dan Pegawai-Pegawai dari Bahagian Korektif, PPN Perak dan Penjara Kluang.