3 Disember 2024 (Selasa), bertempat di Surau An Nur, Pusat Koreksional Jasin, Melaka, telah berlangsung Program Sinar Dhuha. Program ini merupakan penganjuran bersama di antara Pusat Koreksional Jasin dan Bahagian Sukarelawan At-Taqwa, Majlis Agama Islam Negeri Melaka dengan menggunakan peruntukan Riqab. Pengisian utama program ini adalah Ceramah dan Motivasi agama bertajuk “Sinarilah Hatiku” yang disampaikan oleh Al Fadhil Imam Muda Aran kepada (100) Orang Diselia (ODS) dan lebih 50 kakitangan Pusat Koreksional Jasin serta tetamu jemputan. Turut hadir menjayakan majlis Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Shaharudin bin Ahmad, Ketua Bahagian Korektif, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Bahagian Sukarelawan At-Taqwa MAIM, wakil Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan ketua-ketua institusi penjara di negeri Melaka. Sebagai tanda penghargaan diatas jalinan kerjasama ini, majlis telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati. Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada MAIM sebagai penaja utama dengan menyalurkan peruntukan untuk program kerohanian. Setinggi tinggi penghargaan juga diberikan kepada Ustaz Abdul Lathif bin Ismail dari Pusat Koreksional Jasain sebagai penyelaras program dan semua anggota serta kakitangan yang bertungkus lumus menjayakan program kerohanian yang penuh bermakna ini.