02 Disember 2024 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas bagi Pengarah Penjara Simpang Renggam dan Pusat Koreksional Johor Bahru. Majlis telah disempurnakan oleh Komisioner Penjara Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majllis turut dihadiri oleh Timbalan Komisioner Penjara Mohamad bin Ismail Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Mohamad Nazri Bin Rashdun Pengarah Penjara Kluang, PKP Mohamed Bin Ali Pengarah Pusat Koreksional Muar, Komandan Pasukan Gerakan Am Btn 5, Komandan PRP, Komandan Satelit Ledang, Ketua Balai Bomba Renggam, Ketua Cawangan Jabatan Pendaftaran Malaysia, Pegawai Kanan dan Kakitangan Penjara Simpang Renggam serta kakitangan dari Pusat Koreksional Johor Bahru. Aturcara majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Johor, Negaraku, Bakti Setia dan seterusnya upacara membawa masuk tongkat kuasa dan upacara menandatangani nota serah terima tugas Pengarah Penjara Simpang Renggam di antara TKP Rahmat Bin Abdul Rani dengan TKP Mohd Farid Bin Kassim dan nota serah terima tugas Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru PKK Helmi Bin Abd Zamani dengan PKP Mohamad Saizi Bin Ibrahim.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Pengarah yang berpindah dan Pengarah yang baru serta ucapan dari Komisioner Penjara Haji Ajidin Bin Haji Salleh selaku saksi Majlis Serah Terima Tugas. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan bergambar bersama dengan semua kakitangan yang hadir.