Alor Gajah, Melaka - 20 November 2024. YBrs TKJP Ahmad Faudzi Bin Awang, Timbalan Komisioner Jeneral (Pemasyarakatan) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Negeri Melaka. Sempena lawatan kerja tersebut sesi kunjungan hormat kepada Encik Muhamad Mahathir bin Abdul Rahim Ketua Eksekutif Kolej RISDA Sdn Bhd Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAMS) bagi membincangkan pelaksanaan kursus dan latihan serta kebolehpasaran banduan bagi penempatan pekerjaan.
Lawatan kerja diteruskan ke Penjara Satelit A Famosa bagi membincangkan pemerkasaan Program Pemulihan Dalam Komuniti menggunakan fasiliti di Penjara Satelit A Famosa. YBrs. TKJP disambut oleh TKP Khairil Nizam bin Anuar Pengarah Penjara Sungai Udang dan PP Shamsul Izak bin Samli Komandan Penjara Satelit A Famosa.
Seterusnya lawatan ke Rumah Wakaf Majlis Agama Islam di Tanjung Rimau Pulau Sebang Melaka bagi penubuhan Rumah Perantaraan di Daerah Alor Gajah, Melaka. Sepanjang lawatan dihadiri YDH TKP Rosman bin Norman @ Normin (Pengarah Penjara Negeri Melaka), PKK Norneelah binti Shukor (Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka) dan Pegawai-Pegawai Kanan serta kakitangan.