Pada 12 November 2024 (Selasa), Unit Kebajikan Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Penggantian Kad Pengenalan Dan Program Pengesahan Identiti Orang Diselia (ODS) bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR). Program Penggantian Kad Pengenalan ini merupakan kali ketiga diadakan pada tahun ini yang melibatkan kolaborasi antara Pusat Koreksional Jasin dengan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka yang dianjurkan oleh Unit Kebajikan Pusat Koreksional Jasin bagi menyantuni Orang Diselia (ODS) yang kehilangan kad pengenalan. Seramai 13 Orang Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka yang diketuai oleh Puan Nurul Adha binti Laji daripada Bahagian MEKAR dan Koporat JPN Negeri Melaka telah hadir bagi menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Program MEKAR KOMUNITI ini bertujuan untuk memastikan Orang Diselia memiliki kad pengenalan diri semasa dibebaskan dan untuk menyertai program yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia antaranya Program Parol , Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) serta program komuniti. Melalui program ini seramai 425 Orang Diselia (ODS) di Pusat Koreksional Jasin telah mendapat manfaat dan peroleh pengesahan identiti yg tidak meragukan, manakala Seramai 24 Orang DiSelia (ODS) telah berjaya membuat penggantian kad pengenalan dengan kadar denda dikecualikan. Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Haji Khamis bersama TPP Asrul Effandi bin Abdullah serta Pegawai Unit Kebajikan institusi, Encik Norizan bin Md Yusof bersama menyantuni kehadiran pegawai-pegawai dari JPN Negeri Melaka. Pihak pengurusan PKJ merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada JPN Melaka dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin dalam menyelaras program ini.