Pada 11 November 2024 (Isnin), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Kursus Integriti bertajuk “Isu Dalam Integriti” bertempat di Bilik Seminar Orkid dan dikendalikan oleh Mantan Pengarah Psikologi, Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan, YBrs. Dr. Rozi bin Ariffin. Program ini melibatkan seramai 37 orang peserta, diketuai oleh PP Mohd Rehan Bin Khamis Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, YBrs. Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan, TPP Asrul Effandi bin Abdullah dan pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam daripada Pusat Koreksional Jasin serta institusi Penjara Negeri Melaka. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan dan menekankan prinsip moral yang penting dalam kehidupan manusia. Ia melibatkan sifat-sifat seperti kejujuran, ketulusan, tanggungjawab, kredibiliti dan kepercayaan diri dalam melakukan tindakan.