Pada 8 November 2024 (Jumaat), telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Hari Sukan Negara bagi tahun 2024 dan Karnival Sukan Orang Diselia (ODS) Peringkat Pusat Koreksional Jasin. Pelbagai acara sukan telah dijalankan dalam tempoh sebulan bermula dari bulan Oktober 2024. Sukan tersebut terbahagi kepada 2 kategori iaitu “indoor game” dan “outdoor game”. Bagi kategori “indoor game” yang telah dipertandingkan ialah acara Catur, Karom, Gusti Lengan, Dam Aji dan Ping Pong. Manakala bagi kategori “outdoor game” ialah Bola Sepak, Bola Tampar, Sepak Takraw, Futsal dan Tarik Tali. Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 340 ODS. Manakala seramai 40 orang kakitangan Pusat Koreksional Jasin telah menyertai pertandingan Futsal, Karom dan Congkak. Majlis Penutupan Hari Sukan Negara telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Shaharudin bin Ahmad. Turut hadir PP Mohd Rehan bin Khamis Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, pegawai kanan dan anggota. Hari Sukan Negara yang telah dijalankan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Secara tidak langsung telah memupuk semangat kesukanan, kerjasama antara satu sama lain dan menjalinkan hubungan yang erat antara kakitangan dan ODS.