Pada 7 November 2024 (Khamis), telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Ladang Kontrak KPKM peringkat negeri di Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Mesyuarat dihadiri oleh Encik Husmizi bin Hussien, Timbalan Pengarah Fama (Pembangunan), Encik Rahim bin Md Diah, Timbalan Pengarah Fama (Operasi) dan wakil daripada MARDI, Encik Nik Adli bin Nik Muhammad. Seterusnya pihak FAMA telah menyumbangkan peralatan Ladang kepada Pusat Koreksional Jasin dan ahli mesyuarat telah membuat lawatan ke ladang tanaman bawang yang dikendalikan oleh institusi ini. Tanaman bawang menunjukkan perkembangan yang sangat baik dengan penjagaan yang teratur. Turut hadir semasa penyerahan peralatan ladang oleh pihak FAMA ialah PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Ketua Unit Korektif Pusat Koreksional Jasin dan anggota Pusat Koreksional Jasin yang telah menghadiri latihan tanaman. Pihak pengurusan Pusat Koreksional Jasin amat menghargai sumbangan dan kerjasama dengan pihak FAMA dan MARDI.