KAKITANGAN PENJARA WANITA KOTA KINABALU. 20 Mac 2023 (Isnin)- Unit Agama PPI dan Unit Latihan Penjara Wanita Kota Kinabalu telah melaksanakan aktiviti gotong-royong penyediaan dan pengagihan bubur lambuk Peringkat Kakitangan Penjara Wanita melibatkan 35 orang kakitangan yang bersama-sama menyediakan bubur lambuk dari awal proses penyediaan hingga pengagihan. Selain bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan, ia juga berperanan memupuk semangat mengimarahkan bulan Ramadan. Dana yang digunakan adalah hasil sumbangan ikhlas amalan bersedekah yang amat digalakan dikalangan kakitangan kesinambungan pelancaran Program Tabung Ambang Ramadhan 1444H. PKP Kesumawati binti Ilas, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu turut menzahirkan harapan agar program ini diteruskan dimasa hadapan dimana ia merupakan tautan kasih semangat gotong royong di bumi Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik dan anutan agama. PP. Maria Philip Kulip, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu juga turut hadir sama bagi menerima dan seterusnya bersama-sama mengagihkan bubur lambuk kepada seluruh kakitangan PWKK yang bertugas.