Pada 30 Oktober 2022 (Ahad) Unit Pemulihan Dan Rawatan, telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena yang diadakan di Perkarangan APCCA melibatkan 09 orang penghuni beragama Hindu. Program ini bermula pada jam 10.30 pagi turut dihadiri oleh PKP Rizalma Bin Che’ Abdul Hamid,Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah. Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan Deepavali disamping mengeratkan hubungan bersama ahli keluarga.