Pada 22/8/2022 (Isnin), Penjara Penor telah mengadakan Program Kibar Jalur Gemilang bertempat di Padang Kawad Penjara Penor. Program dihadiri seramai 162 pegawai, anggota dan kakitangan awam. Program dirasmikan oleh Pengarah Penjara Penor, PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi. Program diselitkan dengan gimik pelancaran Jalur Gemilang dan pelepasan kenderaan jabatan dan motorsikal berkuasa besar.