| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Lawatan Pemantauan Tanaman Keledek Dan Program Kebuniti Adun Rim Dan Pengarah Mardi Negeri Melaka

29 Jun 2022 (Rabu), Lawatan Pemantauan Tanaman Keledek & Program Kebuniti oleh YB Datuk Khaidhira Binti Abu Zahar, ADUN Rim (Timbalan Speaker Negeri Melaka), bersama En. Nik Adli bin Nik Muhammad, Pengarah Institut Penyelidikan Mardi Negeri Melaka disambut oleh PKP Mohd Idlan Bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Lawatan tertumpu kepada pemantauan perkembangan tanaman Keledek Lembayung, Keledek Varieti Vitato, Keledek Oren, Program Kebuniti dan Tanaman Kobis Tanah Rendah. Kesemua jenis tanaman adalah dibawah kerjasama antara MARDI Negeri Melaka dengan Pusat Koreksional Jasin, Melaka.

YB Datuk Khaidhira juga berpeluang menuai hasil keledek disamping melihat kepelbagaian teknologi dan varieti tanaman sayur yang diusahakan oleh Pegawai dan Anggota institusi ini selain manfaat latihan kemahiran kepada Orang DiSelia (ODS) sebelum dibebaskan. Lawatan diakhiri dengan menandatangani Buku Pelawat.