| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Majlis Iftar Jama’ie Peringkat Penjara Simpang Renggam Johor

18 April 2022 (Isnin) 1800 HRS | Bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam telah diadakan Majlis Iftar Jama’ie Peringkat Penjara Simpang Renggam. Majlis dihadiri Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Dr. Maszlee Bin Malik, Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Tuan Ku Nawawi Bin Ku Hamid, Pengarah Penjara Simpang Renggam, TKP Tuan Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Johor, Tuan Muhammad Ammar Bin Abdullah, Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Johor, PERSIAP Penjara Simpang Renggam, Wakil Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Johor, Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Layang-Layang, Wakil Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 dan Wakil Balai Polis Simpang Renggam. Perjalanan majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh peserta tadarus seramai 10 orang yang terdiri daripada kakitangan Penjara Simpang Renggam, kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus dan anak-anak istimewa. Seterusnya, diadakan sesi tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari YADIM Negeri Johor, Ustaz Muhaizan Bin Hussin sebelum jamuan berbuka puasa. Usai jamuan, para hadirin menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah di Dewan Serbaguna. Majlis selesai pada jam 2015 HRS malam.