| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Lawatan Kerja Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia (Pengurusan) Ke PPA/PPK/TTK Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 27.01.2022 (Khamis) Penjara Simpang Renggam, Johor telah menerima lawatan  daripada Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia (Pengurusan)   Ybrs. TKJP Abd. Kadir bin Rais. Turut hadir dalam lawatan tersebut TKP Aminon Bin Adnan, PP Muhamad Omar Bin Razali, PP Jeffry Bin Pandal, wakil pegawai daripada JKR Johor, dan wakil pegawai daripada Indah Water Konsortium (IWK). Ketibaan Ybrs. TKJP Abd. Kadir bin Rais di sambut oleh TKP Meor Azizi Sapawi Bin Haji Ahmad Sepuan Pengarah Penjara Simpang Renggam merangkap Pengarah Penjara Negeri Johor bersama PKP Hasrul Anwar Bin Hasim Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam. Aturcara dimulakan  dengan sesi taklimat di Bilik Gerakan yang di sampaikan oleh PKP Hasrul Anwar Bin Hasim, Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam. Selesai sesi taklimat, TKJP Abd. Kadir bin Rais dan semua tetamu yang hadir di bawa melawat ke Blok Asingan, Blok Peralihan, Blok Penempatan Sementara ODS (Dapur Tahanan Lama), dan Sistem Tadahan dan Pembentungan (STP) bagi memantau perkembangan projek pembinaan dan baikpulih bangunan-bangunan tersebut. Program lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan menandatangani buku lawatan.