Pada 20 Januari 2021 (Rabu), Bertempat di Pejabat SABATI, Bangunan Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma, Petra Jaya, Kuching telah diadakan Majlis Penyerahan Kit Pencegahan Covid-19 dari SABATI. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datin Dr. Hjh Zaliha Christine Abdullah, Setiausaha Kehormat SABATI dan YBhg. Datin Hajah Siti Shorgayah Haji Ahmad Zaidin, Bendahari Kehormat SABATI kepada Penjara Negeri Sarawak yang diwakli oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Sumbangan tersebut akan diagihkan kepada seluruh institusi di Penjara Negeri Sarawak yang terkesan dengan COVID-19.