
Tarikh Lawatan
Lawatan Ditetapkan Pada Hari Ketiga & Keempat Perayaan
Institusi
Semua Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas Dan Sekolah Henry Gurney
(Semua lawatan di institusi-institusi penjara ditutup pada Hari Raya Pertama Perayaan)
Perjumpaan Secara Bersemuka
Mematuhi Syarat Lawatan Perjumpaan Banduan/Tahanan/Penghuni Seperti Berikut :
1. Waktu lawatan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang
2. Pelawat diminta membawa Kad Lawatan serta Kad Pengenalan bagi memudahkan urusan
4. Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni. Makanan dan minuman boleh dibeli dari kantin penjara
5. Keutaman lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang dikalangan KAUM CINA sahaja
6. Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni, memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara.
7. Pelawat adaah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.
Perjumpaan Secara Online
Perjumpaan secara online turut dilaksanakan untuk tempoh 3 hari iaitu 23 hingga 25 Februari 2026. Ini bertujuan bagi memberi peluang kepada keluarga yang tidak dapat hadir ke penjara untuk perjumpaan bersemuka.









