Lawatan antara banduan dengan individu-individu yang dibenarkan bagi mewujudkan hubungan yang positif, penyelesaian masalah dan mengurangkan tekanan semasa dalam tahanan. Tujuan Lawatan
Kaum keluarga banduan digalakkan melawat banduan/penghuni yang sedang menjalani hukuman supaya mereka tidak merasa tersisih dan sebagai galakan kepada mereka untuk mengubah sikap menjadi warga yang berguna setelah dibebaskan kelak. Definisi Saudara mara dan rakan-rakannya bermaksud;
Kad Lawatan
Sistem Lawatan Berjadual
Objektif :
Syarat-syarat Lawatan :
Buat masa kini, sistem ini cuma dilaksanakan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang sahaja mulai 13/03/2002. Perlaksanaan sistem adalah seperti berikut :
|
LAWATAN DAN AKSES KONSULAR KE INSTITUSI PENJARA
Komunikasi antara penghuni dan Kedutaan / Pejabat Konsular mereka, saudara-mara dan rakan-rakan mereka adalah dibenarkan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjaga disiplin dan tatasusila yang baik di penjara dan pencegahan jenayah; dan sesiapa pun tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan penghuni kecuali oleh pihak berkuasa yang ditetapkan, dan tidak ada penghuni yang boleh melakukan komunikasi dengan sesiapa pun tanpa kebenaran. Prosedur yang perlu dipatuhi oleh pihak Kedutaan / Pejabat Konsular adalah seperti berikut:
• Kedutaan mesti mengemukakan permohonan dan dokumen rasmi lebih awal (sekurang-kurangnya 3 hari sebelum lawatan)
• Tidak dibenarkan lawatan khas / mengejut
• Peguam yang dilantik oleh Kedutaan harus memiliki sijil & surat amalan undang-undang dari Kedutaan
• Pegawai kedutaan mestilah melalui prosedur keselamatan termasuk pemeriksaan badan, dokumen dan lain-lain
• Orang yang membuat lawatan rasmi mesti diambil bekerja oleh kedutaan yang memiliki pengenalan diri dari kedutaan
• Semua pelawat dari Kedutaan mesti menyatakan nama dan jawatan mereka dan hubungan dengan tahanan atau maklumat lain seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Penjara
• Pelawat mestilah berpakaian dengan sopan
• Pelawat boleh memberikan makanan dan keperluan asas lain yang dibenarkan kepada penghuni dengan membelinya dari kantin jumpa penjara
• Pelawat tidak dibenarkan memberikan wang, dokumen, surat terus kepada penghuni tetapi hendaklah diberikan melalui pihak berwajib penjara.
• Membawa masuk artikel larangan adalah tidak dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan penjara.