PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN SEMASA LAWATAN/PERJUMPAAN

  • Semasa perjumpaan banduan boleh membuat permohonan untuk mendapatkan wang bagi pembayaran setelah membuat gigi palsu, cermin mata dan lain-lain yang difikirkan munasabah dan mendapat kelulusan Pegawai Yang Menjaga. Wang berkenaan akan disimpan di Pejabat Rekod dan kemudiannya akan diserahkan kepada pegawai yang berkenaan untuk membuat pembayaran.
  • Semasa perjumpaan banduan boleh membuat pesanan untuk membeli makanan di kantin penjara. Makanan berkenaan hendaklah dimakan di tempat jumpa dan tidak dibenarkan dibawa masuk ke blok. Mereka juga boleh membeli keperluan asas seperti sabun, ubat gigi, seluar pendek putih, T-shirt putih dan tuala kecil secara tukar ganti.
  • Para pelawat hendaklah berpakaian kemas dan pelawat-pelawat yang berpakaian menjolok mata tidak dibenarkan berjumpa.
  • Masa untuk perjumpaan adalah 45 minit dan pada setiap kali perjumpaan dibenarkan hanya 5 orang pelawat.
  • Banduan akhir (Hukuman Mati) dibenarkan membuat permohonan untuk mendapatkan wang sebanyak RM 40.00 untuk tempoh satu bulan.


PERKARA-PERKARA YANG DILARANG SEMASA LAWATAN/PERJUMPAAN
  • Tidak dibenarkan sama sekali membawa makanan dan barang-barang dari luar. Semua keperluan hendaklah dibeli di kantin penjara.
  • Semasa perjumpaan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, kamera, senjatapi, topi keledar dan sebagainya yang membahayakan keselamatan.
  • Tidak dibenarkan merokok semasa perjumpaan.
  • Adalah dilarang sama sekali dari memberi dadah, tembakau, rokok dan duit kepada banduan.
  • Dilarang sama sekali dari mengadakan hubungan dengan kakitangan penjara untuk melakukan sebarang perkara yang tidak diingini.