Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah
Jalan Brewster, 31000 Batu Gajah, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-3632255 | Fax : 05-3661519
Maklumat Ringkas
Terletak di atas tanah Mukim Sungai Terap (dikenali sebagai Changkat), Daerah Batu Gajah, Perak berkeluasan kawasan 1.25 hektar. Bersempadan dengan Jalan Hospital (Dahulunya dikenali sebagai Boyed Road), Jalan Perpaduan (dahulunya dikenali sebagai Dowden Road) dan Jalan Merbok.
Terletak bersebelahan dengan PPABG adalah sebuah rumah bersejarah bekas kediaman DYMM Seri Paduka Sultan Perak ke 34, Al Marhum Sultan Azlan Muhibudin Shah. (Rumah tersebut masih dalam keadaan baik dahulunya dibawah seliaan PPABG dan kini diserahkan kepada Majlis Daerah Batu Gajah).
Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah diwartakan pada 2 Jun 1983 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Dato' Megat Junid Bin Megat Ayob.
- Menempatkan Orang Tahanan Dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985)
- Seksyen 6(1) - Perintah Tahanan
- Seksyen 7(1)
- Seksyen 11A(1)(a)(aa) - Lanjutan Perintah Tahanan
- Seksyen 11A(4) - Perlanjutan Perintah Tahanan
- Tempoh Tahanan 2 Tahun
Tahun 1902
KINTA PRISON dibina (Penjara kedua di Perak selepas Penjara Taiping dibina semasa Pemerintahan British - menempatkan banduan lelaki terdiri dari ahli kongsi gelap, anasir subversif dan kesalahan ketenteraman awam).
Tahun 1951
Mula menerima Banduanita dinamakan Central Women Prison - kesalahan dibawah 'Emergency Regulations' kebanyakannya Agen-agen Komunis
Tahun 1954
Sekolah Henry Gurney Wanita dimulakan (bangunan bekas Rumah Supritendant bersebelahan Central Women Prison) - menempatkan tahanan Mahkamah Juvana
Tahun 1959
Ditukarkan menjadi Detention Camp (Orang Tahanan dibawah Undang-undang Darurat dan Emergency Ordinan 1948)
Tahun 1961
Diwartakan sebagai Special Detention Camp / Tempat Tahanan Perlindungan Khas (Tahanan politik dibawah Internal Security Act 1960 / Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960)
2 Jun 1983
Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah diwartakan (Tempat Tahanan Perlindungan ditukarkan ke Kamunting - KEMTA) Orang tahanan dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985)
26 September 2007
Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah (Wanita) mula beroperasi (sebelumnya PPABG Wanita adalah Sekolah Henry Gurney Wanita 1954 - 2006
Pusat Pemulihan Akhlak Muar
Jalan Salleh 84007 Muar, JOHOR DARUL TAKZIM
Tel : 06-9522711 | Fax : 06-9529126 | E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Maklumat Ringkas
Bangunan yang sedia ada hari ini, dibina pada tahun 1927 bagi menempatkan budak-budak nakal.Apabila terbina nya Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, kesemua penghuni-penghuni pusat ini dipindahkan ke sana pada tahun 1950. Penjara ini ditutup seketika.Pada tahun 1958, tempat ini dibuka semula dengan nama Tempat Tahanan.
Pada tahun 1959, tempat ini sekali lagi ditukar nama kepada Tempat Tahanan Perlindungan. Pada tahun 1973, tempat ini ditutup dan semua tahanannya dipindahkan ke Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Perak.
Pada bulan Oktober 1976, sejumlah 50 orang pegawai penjara bujang dari seluruh institusi penjara di Semenanjung Malaysia dipindahkan ke institusi ini bagi membuat kerja-kerja pembersihan awal dan persediaan untuk menerima orang-orang tahanan yang akan dipindahkan dari Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang secara berperingkat-peringkat.
Pusat Pemulihan Akhlak Machang
Jalan Machang - Tanah Merah, 18500 Machang, KELANTAN
Tel : 09-9762800 | Fax : 09-9762911 | E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Maklumat Ringkas
Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan merupakan projek pembinaan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Lapan (RMK-8) dan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke- Sembilan (RMK-9) dengan kos pembiayaan berjumlah RM 125.5 juta. Institusi ini terletak di laluan Lebuhraya Tanah Merah–Machang, kira-kira 5 kilometer dari Bandar Machang, Kelantan. Kawasan premis dan tanah, dibawah pentadbiran Majlis Daerah Machang, Kelantan.
Pembinaannya bermula 13 Julai 2005 dengan kaedah rundingan terus dan JKR bertindak sebagai agensi pelaksana, manakala SN. Akmida Holdings merupakan kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek pembinaan.
Pusat Pemulihan Akhlak ini dibina di atas lot 3019 di Mukim Kelaweh, Daerah Pangkal Meleret, Machang, Kelantan. Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah diwartakan pada 6 Disember 2007 dan mula beroperasi pada bulan Julai 2008 yang ditadbir oleh seorang Pengarah berpangkat Penolong Kanan Komisioner Penjara, bertanggungjawab terhadap pentadbiran penjara merangkumi aspek keselamatan, pemulihan dan pengurusan. Pusat ini telah dikhususkan bagi menempatkan orang tahanan bagi kes Akta Dadah Merbahaya 1985 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) dan berupaya menempatkan maksima seramai 1000 orang tahanan. Bagi tujuan latihan kemahiran kepada tahanan, beberapa bengkel kemahiran ada disediakan antaranya bengkel batik, bengkel jahit, bengkel dobi, bengkel kraftangan dan bengkel Ikan Keli.
Keluasan Pusat Pemulihan Akhlak Machang adalah 63.491 ekar, meliputi kuarters kakitangan, surau, rumah kelab, dewan serbaguna, taman rekreasi dan bangunan sokongan lain. Selain itu, Kawasan Pusat Pemulihan Akhlak Machang turut dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) yang melibatkan kawalan CCTV, pagar keselamatan dan juga kunci. Ditadbir oleh yang. Jumlah kakitangan beruniform seramai 278 orang dan awam seramai 25 orang. Sesungguhnya pengoperasian Pusat Pemulihan Akhlak Machang ini menjadi satu dimensi baru di dalam sistem kepenjaraan di Malaysia ke arah mencapai visi menjadi Institusi Koreksional Bertaraf Dunia Menjelang 2020.
Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam
86200 Simpang Rengam, JOHOR DARUL TAKZIM
Tel : 07-7550990 | Fax : 07-7556050 | E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Maklumat Ringkas
Penjara/Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor telah dibina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada tahun 1986 di atas kawasan seluas 82.6 hectar (198.2 ekar).
Pada tarikh 20hb. Oktober, 1986 diwartakan sebagai Penjara bagi menempatkan kalangan banduan kategori reman dan banduan pra-bebas/kerja luar. Kapasiti penempatan adalah seramai 1100 orang.
Pada tarikh 10hb. Mei, 1991 diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak bagi menempatkan tahanan-tahanan dibawah Tahanan Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1985 dan Tahanan Ordinan Darurat (KAMJ) 1969. Kapasiti penempatan adalah seramai 1400 orang.