| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Lawatan Sambil Belajar Kolej Vokasional Setapak Ke SHG Telok Mas Melaka

Pada 20 Julai 2019 (Sabtu) Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima lawatan sambil belajar 25 pelajar Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Lawatan ini diketuai oleh Puan Lailatul Saadia Bte Doralim, Pensyarah Kanan Kolej Vokasional Setapak bertujuan agar lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajarnya tentang salahlaku jenayah dan memberi peluang untuk mereka melihat sendiri program-program pemulihan yang dijalankan di institusi ini.