Matomo

Sukan Antara Penghuni Penjara Pusat Sri Aman, Sarawak 2012

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Sukan Antara Penghuni Penjara Pusat Sri Aman, Sarawak 2012

Unit Pemulihan Dan Rawatan ,Penjara Pusat Sri Aman,Sarawak  telah mengadakan  karnival sukan antara penghuni yang telah diadakan pada 19 Julai 2012 . Sukan merupakan salah satu aktiviti pemulihan penghuni yang bertujuan untuk menanam sikap kerjasama, melahirkan kesefahaman dan nilai murni antara penghuni.Sebelum itu acara sukan ini telah dimulakan seminggu lebih awal dan acara-acara yang telah dipertandingkan adalah futsal,sepaktakraw, karom dan dam aji.Penghuni wanita juga turut serta menjayakan karnival tersebut dimana mereka mengadakan pertandingan dam aji ,congkak dan karom . Pada majlis penutupan pula telah diadakan  sukanika bagi memeriahkan majlis.Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh TPP Achon Ak. Tadeng yang mewakili Pengarah Penjara Pusat Sri Aman.