Majlis Pelancaran penjenamaan semula Sistem 5S iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat Pusat pemulihan Akhlak Machang telah diadakan pada 25 Februari 2015 bertempat di Dewan Bunga Raya, PPA Machang. Pelancaran disempurnakan oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Secara khususnya, objektif pelancaran ini adalah bagi memberi kefahaman yang jelas tentang fungsi dan penglibatan setiap kakitangan untuk meningkatkan imej korporat, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan 'stakeholders', memperluaskan pelaksanaan di institusi dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/ agensi Kerajaan.
""