Pada 21 Februari 2015 telah berlangsung Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2015 Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting. Seramai 6 orang banduan telah menyertai program ini dengan dihadiri 36 ahli keluarga. Turut hadir bersama dalam program ini ialah Timbalan Penguasa Mahadevan A/L Karuppan. Pelaksanaan program ini amat bermakna bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan antara banduan dengan ahli keluarganya.
""