Pada 10 Mac 2015 telah berlangsung Majlis Perasmian Mini Karnival Sukan Tahunan Penjara Puncak Borneo Tahun 2015 Anjuran Kelab Sukan Kakitangan PPB. Majlis disempurnakan oleh PKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Puncak Borneo. Aturcara majlis diserikan dengan gimik pelancaran sukan ping pong sebagai pembuka tirai sukan tahunan kali ini oleh PKP Mohamad Rosidek bin Musa. Turut hadir bersama menyaksikan majlis tersebut, Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo, PP Nazri bin Mohamad, serta beberapa orang pegawai dan kakitangan. Program ini merupakan salah satu usaha untuk menarik minat kakitangan dalam acara sukan, di samping mengeratkan jalinan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. Antara lain sukan yang telah dijadualkan sepanjang tahun 2015 adalah sukan badminton, futsal, sepak takraw, bowling, dart, konvoi bermotosikal dan berbasikal.
""