Pada 19 Mac 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Sambutan Hari Penjara ke 225 tahun dan telah disempurnakan oleh PKP M.Zainuddin bin Ibrahim Timbalan Pengarah, mewakili Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Seramai 215 kakitangan pelbagai pangkat serta kakitangan awam terlibat di dalam majlis tersebut. Pada majlis tersebut perutusan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli b. Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia turut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka dan diteruskan dengan upacara penyampaian pingat kepada kakitangan.
""